IRMAN & SHAREENA: WEDDING RECEPTION

Posted on May 17, 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah dan bersyukur saya masih diberi peluang olehNYA untuk membuka mata pagi ini dan mampu menulis lagi. ‘Honeymoon time’ dah nak habis, minggu depan mulalah jadual kerja saya ketat sehingga awal ramadhan nanti, alhamdullilah kepada Allah s.w.t kerana memberi rezeki kepada hambamu yang kerdil.

Update kali ini adalah sambungan kepada majlis pernikahan Irman & Shareena yang berlangsung di Jerantut, Pahang. Syukur kepada ilahi sebab majlis mereka berjalan lancar cuaca pun tak panas memudahkan tetamu yang datang majlis diorang dan bagusuntuk saya buat ‘outdoor shooting’ dengan lighting yang soft saje.

Okay saya doakan semoga Irman & Shareena bahagia ‘forever’, jangan gaduh-gaduh dan love each other and feel fresh.

Jangan lupa tengok slideshow majlis persandingan diorang kat sini atau slideshow majlis pernikahan diorang kat sini.

For package enquiries, please contact at details below:
Rudy Azwan Sairan
E: rudy@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures


FAMILY FIRST

Posted on May 15, 2012

Ramai orang cakap saya ni bukan jenis ‘family man’, tapi sebenarnya saya seorang yang typical original real family man cuma  perwatakan saya di luar sana atau dalam tugasan memang nampak serious dan bercerita pasal karier je. Tapi bukan macamtu, saya pun ada family juga, cuma mungkin saya dapat bahagikan mana satu masa kita perlu ‘act’ sebagai personal atau carrier man sebab pada pendapat saya dua perkara ni tak dapat digabungkan. Biarlah personal adalah personal dan kerjaya adalah kerjaya.

Ada yang tanya macamana saya bahagikan masa antara family, kawan, kerjaya dan etc2. Jawapan saya, “kurangkan menonton televisyen, gerenti anda banyak masa nak diluangkan, percayalah.” Masa kita sebenarnya banyak dihabiskan depan televisyen je, bayangkanlah satu keluarga bila berkumpul lepak menonton televisyen tak bercakap sebab asyik dengan televisyen, tapi bila tak berjumpa tau pulak nak telefon dan nak bercakap lama-lama sebab rindu. Aneh kan manusia ni, bila berjumpa tak nak berbual, bila tak berjumpa baru nak sibuk bercakap.

Diam tak diam anak saya, Qaleesya dah besar dah, hujung tahun ni dah masuk 3 tahun. Qaleesya ni dah pandai demand, bila dah pandai cakap ni ada je yang dimintaknya. Favorite Qaleesya suka pergi Tesco, setiap hari ajak pergi Tesco. Suka sangat pergi sana sebabnya kat Tesco tu ada keretapi kecik RM3 per ride. hmm,, layan je lah…

Anyway, I am on both side, Carrier and super duper family man and love my wife & daughter so much!

Rudy.

For package enquiries, please contact at details below:
Rudy Azwan Sairan
E: rudy@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures


IRMAN & SHAREENA: THE SOLEMNIZATION

Posted on May 14, 2012

Baru-baru ni saya berpeluang ke Jerantut untuk cover majlis persandingan Irman & Shareena. Walaupun kerap kali sampai ke Temerloh tapi tak pernah pulak sampai terlajak ke Jerantut kira pertama kali sampai ke sana. Jarak dari Exit highway Temerloh ke pekan Jerantut cum 45 minit sahaja, jadi tak lah jauh sangat kalau dari KL tu dalam 2jam setengah sahaja. Tapi masa pergi ke sana agak lambat sedikit sebab jem kat Karak, ada lori terbalik pulak, setengah jam tak bergerak dan nasib baik ada Ahmad Firdhaus dari TupaiTV ikut tag along saya tak lah boring sangat dalam perjalanan.

Okay, saya suka dengan family Shareena ni, sebab ramah dan friendly, jadi tak ada lah saya malu nak ambil gambar diorang ni semua, tengok kat slideshow tu, group photo mereka ni antara yang the best saya rasa sebab semuanya happy go lucky! Untuk update majlis persandingan Irman & Shareena, saya akan upload dalam minggu ni juga, insyaAllah.

Jangan lupa slideshow majlis pernikahan Irman & Shareena kat sini.

 
For package enquiries, please contact at details below:
Rudy Azwan Sairan
E: rudy@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures


PHOTO OUTING

Posted on May 13, 2012

Salam Ahad. Alhamdulillah pagi tadi saya dan team Sweetpictures adakan photo outing untuk memahirkan skills kitorang. Alhamdulillah, 4 couple turun untuk photoshoot kali ni dan 6 orang team juga turun termasuk saya untuk meriahkan photo outing kali ni.  Itu memang aktiviti kami kalau tak ada job pada hujung minggu, kita akan cuba untuk buat photoshoot juga untuk memantapkan skill dan berkongsi idea dalam fotografi.

Semua memberikan support yang terbaik, terima kasih kepada couple yang hadir untuk sesi kali ni, terima kasih juga kepada team saya yang datang untuk mencari ilmu. InsyaAllah kita akan buat lagi sesi macamni lain masa.

Ni salah satu gambar yang saya snap pagi tadi, Shyra & Ikhwan.

For package enquiries, please contact at details below:
Rudy Azwan Sairan
E: rudy@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures


TIADA PERSAINGAN DALAM INDUSTRI FOTOGRAFI

Posted on May 11, 2012

Alhamdulillah berjumpa kita sekali lagi. Saya nak cerita sikit pasal persaingan dalam industri fotografi.

Apa yang kita nampak sekarang ni, kat Malaysia sudah cukup ramai fotografer-fotografer baru yang muncul bak cendawan tumbuh lepas hujan dan mulalah banyak yang komplen susah dapat job tak macam dulu sebab banyak yang ‘sailang’ harga. Menyalahkan ‘budak-budak baru’ dalam industri adalah satu sifat yang negatif dan cuba jadikan itu batu loncatan untuk mengubah mentaliti kita yang dah terlalu selesa dengan keadaan sebelum ini. Dibantu dengan akses internet, lagi memudahkan fotografer untuk ‘share’ potfolio mereka kepada umum dan memudahkan pelanggan nak membuat pilihan. Itu menunjukkan industri fotografi mula diterima masyarakat dan sebenarnya meningkatkan kualiti fotografi tu sendiri yang beberapa tahun sebelum ni saya perhatikan, foto-foto yang dipamerkan oleh fotografer adalah gambar yang biasa sahaja tapi kita dapat sekarang kualiti dalam industri ni dah berubah.

Apabila ramai yang berkata persaingan sudah mula dirasai tak kira dari segi harga dan gambar, apa yang kita boleh buat? berubah dari mentaliti kuno (industrial age) kepada  mentaliti moden (information age) iaitu salah satunya NETWORKING. Pada saya TIADA istilah persaingan dalam industri fotografi ni sebabnya fotografer perlukan ‘networking’ antara satu sama lain untuk meluaskan sayap perniagaan. Kami biasanya mengamalkan konsep ‘sharing’ yang mana kebiasaannya akan membantu satu dengan yang lain dari pelbagai sudut samada perniagaan, idea atau teknologi.

Baru-baru ni saya berpeluang berjumpa dengan sahabat-sahabat fotografer yang lain, ada yang daripada fashion fotografi, wedding dan corporate. Kami boleh duduk semeja walaupun kami ni ‘pesaing’ tapi kami kongsi masalah kami dalam industri, ‘sharing an idea’ dan berkongsi ilmu dalam fotografi tu sendiri. terima kasih Shahkasahias, Shaker dan El Azman kerana sudi luangkan masa untuk berkongsi ilmu.

Jadi, buatlah ‘networking’ dengan fotografer yang lain bukan sebab nak ‘sailang’ job mereka tapi untuk berkongsi idea, meluaskan pengalaman, belajar ilmu-ilmu baru dan macam-macam lagi sebab industri ini cukup luas. Kita berada di zaman ‘information’ bukan di zaman ‘industrial’ lagi.

Sharp gila mamak ni snap gambar, boleh hire jadi team Sweetpictures.

Rudy.   J

TEASER…

Posted on May 6, 2012

IRMAN & SHAREENA: TEASER

Posted on May 6, 2012

Buah tangan dari Jerantut fresh lagi dari oven.

MY BUAH HATI

Posted on May 5, 2012

My buah hati pengarang jantung dan apa saja. Cukup membuatkan hati ni kadang-kadang jadi sentimental kalau terkenangkan dua orang ni walaupun jiwaku sasa. Hadirnya 2 orang ni cukup untuk gerakkan dan motivasikan saya untuk pergi lebih jauh dan pantas untuk berjaya dan saya pasti anda juga sama seperti saya kan, ada buah hati masing-masingyang menjadi penyokong utama untuk menjadikan hidup kita lebih bermakna.

Okay, esok terpaksa ke luar daerah sebab ada ‘wedding assignment’ kat Jerantut. Apa yang pasti saya akan buat persediaan awal sebelum nak pergi shoot wedding dan pastikan semuanya berjalan lancar insyaAllah.

Korang dah LIKE page Sweetpictures kat facebook? kalau belum jom LIKE sini atau kat bawah ni.

For package enquiries, please contact at details below:
Rudy Azwan Sairan
E: rudy@sweetpictures.com.my
T: 012 249 3176
FB: facebook.com/sweetpictures