REDZAL & ANNISSA: NIKAH

Posted on January 8, 2012

Alhamdulillah selesai sudah majlis pernikahan Redzal & Annissa yang bernikah kat Masjid Ampang. Redzal kawan saya masa sama-sama belajar kat UNIMAS dulu. Dah lama lost contact tapi tau-tau je dia ada kat KL dan nak kahwin masa Redzal ‘contact’ saya hari tu. Okey, congrats to both of you, be a great couple and be tolerance to each other and pray for both of you the best, insyaAllah.

Click the slideshow here for the show on the Solemnization day.

 

SHERRY & UZAIR: RECEPTION

Posted on January 8, 2012

Assalamualaikum dan selamat hari Ahad. Alhamdulillah, saya telah berjaya buat sedikit perubahan pada blog saya hari ni. Nampak sama je? memang pun, cuma yang berubah saiz gambar dalam blog ini besar sedikit daripada seblumnya dalam lingkungan 826px berbanding yang lama cuma 715px. Header juga sudah semakin besar berbanding yang dahulu. Tujuan saya membersarkan sedikit adalah untuk kepuasan pembaca blog ini, sebab mengikut teori stail website 2012, subjek/gambar yang besar akan memberi impak yang lebih berkesan kepada pembaca. Okey, gambar-gambar di bawah ini adalah majlis persandingan Sherry & Uzair yang tak lama dulu pernah saya upload tetapi telah hilang.

Jika ada komen untuk saya ‘improve’ lagi, boleh hantar ke emel saya di rudy@sweetpictures.com.my atau bagi feedback kat facebook kami sini.

 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

Posted on January 4, 2012

Assalamualaikum dan selamat manyambut tahun baru 2012. Mungkin agak terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru sebab sudah masuk hari ke-3 tahun 2012 ni, tapi tak apa yang penting ada ucapan walaupun terlewat.

Sudah hampir 8 tahun saya terjebak (bahasa kasarnya) dalam industri fotografi perkahwinan, alhamdulillah saya masih lagi berada di sini walaupun banyak cabaran dan dugaan tahun demi tahun yang saya hadapai. Rasanya macam baru je berjinak-jinak dengan fotografi ni, macam baru semalam main kamera tapi rupanya dah agak lama juga berkecimpung dalam dunia fotografi ni. Pada awal-awal pembabitan dalam fotografi ni, saya banyak tertumpu pada shots landscaping dan events yang mana pelan asal memang nak ke arah tu, tapi tak tahu macamana boleh beralih arah ke fotografi perkahwinan sampai sekarang ni.

Masa zaman saya mula buat fotografi wedding dalam tahun 2004, tak ramai anak-anak muda yang dalam lingkungan 20an buat bisnes fotografi perkahwinan, kebanyakan yang kita jumpa semuanya otai-otai. Antara sifu-sifu saya masa tu macam Bro Sam, Abang Azuddin dan ramai lagi lah. Diorang ni banyak membantu dalam proses pembelajaran fotografi saya masa tu dan sampai sekarang. Terima kasih semua!

New resolution?
Hahahah, tak ada yang baru, nak langsaikan azam-azam tahun sudah. Ada beberapa perancangan 2011 yang masih lagi dalam perancangan, satu azam yang setiap tahun ada dalam ‘whishlist’ ialah nak ‘expand the photography business’ yang mana masih tak puas hati, masih lagi rasa banyak kekurangannya. Tapi macamanapun perjuangan tetap diteruskan, pelan-pelan kayuh beb.

Nak share galeri gambar saya masa mula-mula kenal apa itu online blog atau benda-benda online, fotopages saya, klik sini.

Okey tu sahaja pembukaan untuk tahun baru 2012 ni, kalau ada rezeki dan jodoh boleh saya berceloteh panjang lagi. Selamat meneruskan perjuangan pada tahun 2012, semoga terus kaya dan berjaya (ayat sorang pakar motivasi)

opsss, lupa nak bagitahu, gambar kat atas adalah preview untuk majlis persandingan kawan lama saya masa belajar di UNIMAS dulu, Redzal. Nanti saya upload full update.

UZAIR & SHERRY: RECEPTION

Posted on January 2, 2012

Update untuk majlis persandingan Uzair & Sherry yang berlangsung di Bukit Beruntung.

Jangan lupa slideshow mereka sini.

« Previous Page