Majlis Pernikahan Shida & Muzamiel, Kemaman
Posted on January 8, 2009






Alamak, blackout lah pulak!






Majlis Pernikahan Shida & Muzamiel, Kemaman
Majlis kali ini merupakan majlis pernikahan untuk Shida & Muzamiel di Kemaman Terengganu. Apa yang menariknya untuk majlis dorang ialah saya dapat pengalaman baru yang mungkin pernah atau mungkin tak pernah dialami oleh pengantin dan fotografer kita, seperti yang anda dapat lihat pada gambar di atas, rumah Shida blackout! bekalan elektrik terputus! masa diorang tengah ready untuk nikahkan mereka berdua. Dan masa tu yang paling gundah gulana dah tentulah saya. Tetepai alhamdulillah, selepas selesai majlis batal air sembahyang, bekalan elektrik kembali seperti biasa.
Tetapi sebagai seorang ‘jurugambar kahwin jalanan’, saya sudah melatih diri untuk menghadapi kesukaran ketika menjalankan tugas. Segala teknik dan pengalaman yang dipelajari digunakan sepenuhnya dan yang paling penting tidak gelabah dalam menyelesaikan masalah. Alhamdulillah, dalam masa beberapa saat sahaja saya dapat penyelesaian untuk mengahadapi situasi ‘blackout’ tersebut untuk memastikan gambar-gambar yang saya ’shoot’ tidak gelap dan mungkin tak jadi langsung. Dan alhamdulillah juga gambar-gambar yang saya hasilkan semuanya ‘bisa diatur’.
Sebenarnya sepanjang kerjaya saya sebagai seorang ‘jurugambar kahwin jalanan’, ini pertama kali saya mempunyai cabaran ‘PENCAHAYAAN’ yang betul-betul mencabar di majlis diorang ni. Pertamanya blackout, dan keduanya saya tak boleh bounce flash. Jadi, saya terpaksa menggunakan kreativiti yang ada untuk menghasilkan gambar yang cantik-cantik.
Okey, taknak cakapa panjang-panjang, saksikan gambar mereka berdua, dan Shida & Miel, korang memang rawk & sporting, menyebabkan aku happpy shoot gambar ni!
cheers!
Need A Wedding Photographer?
Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
http://roodee.fotopages.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan
………………………………………………………………………………………………………………
Filed Under Wedding Photography |
Please drop your comments
If you would like to make a comment, please fill out the form below.
Hehe blackout.. pernah baru2 ni g umah kawin member tgh makan..tetiba blackout haha.. tapi masa tu saya bukan photographer…
Boleh TA skali tak?
peh wedding black out! mmg stylo…
Atan Ahmad-itu pengalaman tu, thanks for comment
Bro fairuzismail, sejarah tu, wedding tiba2 blackout..