Helyna & Akla: Majlis Pernikahan, Shah Alam
Posted on April 8, 2009

Full entry will be update soon, tunggu!
Cerita sedikit tentang kamera. Kadang-kadang ‘ex-clients’ saya ada call tanya tentang kamera apa yang bagus untuk dibeli, “just shoot for fun, nak kamera Digital SLR yang biasa jek”. Di sini saya bagi sedikit panduan lah untuk anda yang tercari-cari kamera apa yang sesuai dan tak terlalu mahal untuk dibeli dan yang penting berbaloi dengan duit yang dikeluarkan untuk membeli kamera.
Tapi sebelum itu kena tanya diri sendiri dulu kamera tu bertujuan untuk apa, shoot for fun let say untuk family shoot dan travel je ke or nak serius sikit macam nak buat bisnes fotografi. Tapi kebanyakan ‘ex-clients’ saya beli kamera adalah bertujuan ‘for fun’ nak tangkap gambar family, maybe baby bila dah lahir nanti. Jadi, soalan biasa yang ditanya kepada saya adalah kamera nikon ke canon? soalan ni sebenarnya susah nak dijawab dan saya pun tak tahu jawapan sebenarnya ini kira macam menjawab persoalan brand LCD TV mana yang bagus? yang mana jawapannya susah nak dijawab dengan fakta yang tepat kerana semua brand ada function yang sama. Saya cuma boleh bagi idea tanpa melibatkan mana-mana ‘brand’ sebab saya rasa hasilnya sama sahaja cuma mungkin harganya berbeza sedikit, itupun bergantung kepada kedai yang jual kamera tersebut.
Apa yang penting kat kamera DSLR tersebut ada function WB, ISO setting, aperture, shutter speed boleh adjust yang mana saya rasa semua DLSR ada function tu. Perlu diingat, setiap kamera DLSR yang dibeli tidak datang dengan lampu denyar luaran ataupun dalam bahasa Inggerisnya speed light
yang ada hanyalah built-in flash. Dan perlu ditanya kepada tukang jual barang di kedai kamera adakah kamera tersebut datang dengan lens sekali ke tidak, sebab ada kamera yang tak dijual dengan lens sekali seperti kamera ini D700 atau D3x walaupon harga boleh dapat kereta second hand ataupun kereta baru tetapi tidak datang dengan lens. Kebanyakan kamera DSLR terbaru mempunyai fungsi video mode yang mana anda boleh shoot video selain daripada shoot foto.
Kesimpulannya, carilah brand yang anda minat jika minat, canon belilah canon, jika minat nikon belilah nikon, yang penting sebenarnya gambar yang anda akan ambil, beli kamera puluhan ribu macam kamera D3x ni pon tak guna kalau tak tau apa itu shutter speed, bagaimana mengaplikasikan aperture, apakah ISO yang sesuai dan yang paling penting anda beli kamera tu untuk tujuan for fun, jadi tak perlulah beli kamera yang mahal-mahal sangat. Beli mahal boleh tapi tak salah ada kamera DLSR beharga lingkungan RM2500 ke bawah untuk pertama kalinya, sebab nanti bila dah mahir atau insyaAllah dimurahkan rezeki, bolehlah upgrade kepada kamera yang lebih ‘ok’, sebab lepas kahwin ni banyak duit nak guna nak buat preparation untuk kehadiran orang baru lagi
atau nak beli rumah ke. Apa-apa pun buatlah apa yang anda suka, yang penting jangan susahkan orang lain! chow!
…………………………………………………………………………………………………………………
Filed Under Wedding Photography |
Please drop your comments
If you would like to make a comment, please fill out the form below.
Tq GlizZy!