MUSIM KAHWIN
Posted on October 5, 2009
Musim kahwin dah mula lagi. Memang tak dapat dinafikan ramai yang mula dapat surat saman (kad jemputan kahwin) daripada kawan-kawan atau saudara-saudara sekarang ni dan ada yang mungkin tengah membuat pembahagiaan masa dan tempat supaya tiada yang ter’miss’ pergi ke jemputan kenduri kahwin nanti. Sudah tentunya setiap hujung minggu nanti sibuk dengan menghadiri majlis kenduri kahwin termasuklah para ‘wedding players’ (jurufoto perkahwinan, make-up artist, abang-abang pelamin, adik-adik catering, wedding planner, abang-abang DJ dan banyak lagi) yang memang tak henti-henti berhujung minggu di rumah pengantin untuk menjalankan tugas termasuk saya sendiri dan team sweetpictures.
Setelah sebulan bercuti tanpa gaji
daripada menjadi jurufoto perkahwinan, kini saya dan team kembali menjalankan tugas bermula minggu ini sehingga bulan Januari 2010 yang mana setiap minggu hampir ‘fully booked’. Minta maaf kepada mereka yang hubungi saya untuk bulan oktober dan disember ini, slot kami telah penuh hanya tinggal November 2009 pada 13,14,15,28,29.
Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada bakal-bakal pengantin dan tahniah kepada pakcik makcik (mesti masyuk) yang bakal menerima menantu tak lama lagi!.
J…..Rudy

Terima Kasih!
Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan @ SweetPictures
012 249 3176 | www.rudyazwan.com | E-mail ask@rudyazwan.com | YM rudieazwan

Filed Under Kenduri Kahwin, Wedding Photography, announcement, casual outdoor |
Please drop your comments
If you would like to make a comment, please fill out the form below.