MASLINA & ARIFFIN - NIKAH CEREMONY
Posted on October 16, 2009
Selamat pagi, bermula kisah wedding journey saya hari ini dan hari-hari berikutnya. Kali ni saya upload gambar pernikahan Maslina & Ariffin yang berlangsung di kuaters penjara Sungai Buloh Selangor. Ini juga pertama kalinya saya masuk ke kawasan penjara sungai buloh dan dapat tengok ‘design’ luar penjara tu sendiri, memang kagum mana taknya tembok penjara tu je dah sama dengan rumah flat tingkat 3.
Okey, berbalik kepada cerita pernikahan Maslina & Ariffin yang berlangsung dengan jayanya dan alhamdulillah cuaca petang tersebut tidak hujan walaupun sebelum itu hujan dengan lebatnya dan hampir 3 jam saya tersangkut di jalan raya daripada Cheras ke Sungai Buloh. Tapi tidak mengapa tu semua perkara biasa yang penting segala majlis pernikahan mereka berdua dapat saya rakamkan dengan penuh emosi.
Apa yang hendak saya tunjukkan dalam blog ini adalah photo slideshow, new feature ini akan saya gunakan untuk memudahkan anda semua melihat gambar-gambar hasil kerja saya tanpa menekan button untuk menukar gambar lain.
end…Rudy CLICK HERE FOR SLIDESHOW















Terima Kasih!
Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan @ SweetPictures
012 249 3176 | www.rudyazwan.com | E-mail ask@rudyazwan.com | YM rudieazwan

Filed Under Commercial shoot, Kenduri Kahwin, Wedding Photography, casual outdoor | Leave a Comment
Lagi…Lain Dari Wedding
Posted on April 2, 2009





Lain daripada ‘wedding’ lagi untuk entry ini. Saya berpeluang untuk menakamkan gambar seorang model dan juga selebriti Xandria Ooi di rumah beliau sendiri. Sesi fotografi ni tidak lah lama sangat dan tak rumit, sebab beliau ni dah biasa depan kamera dan saya telah diberi ‘briefing’ sebelum itu oleh clients apa yang diorang perlukan, so tak jadi masalah sangatlah, dan cuma ambil masa kurang dari 2 jam untuk siapkan sesi fotografi ni.
Untuk maklumat lanjut tentang Xandria Ooi, sila ke laman web beliau yang ‘cun’ http://www.xandriaooi.com/snapshots.html .
Terima kasih!
Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan

Filed Under Commercial shoot | Leave a Comment
Lain Dari Wedding
Posted on March 24, 2009




Kali ni saya upload gambar selain wedding. Asyik wedding je ‘boring’ juga lah kan. Ini gambar-gambar Amber Chia di rumah beliau dalam satu ‘photoshooting’ untuk sebuah majalah interior design. Thanks to Amber kerana sudi bekerjasama dengan baik, you are friendly!. Ni gambar tahun lepas, korek punya korek harddisk jumpalah gambar-gambar yang saya rasa boleh kongsi dengan pembaca-pembaca semua.
nanti kalau ada gambar-gambar yang saya boleh share saya akan upload untuk anda tatapi supaya tak jemu untuk ke blog saya ni.
Care to comment?
Terima kasih!
Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan


………………………………………………………………………………………………………………………
Filed Under Commercial shoot | Leave a Comment