Belum Ada Rezeki…

Posted on October 30, 2008

Belum ada rezeki

Ahad 26 oktober 2008, hari yang paling sedih bagi saya dan wife apabila ‘baby’ dalam kandungan wife yang baru 2 bulan gugur secara tiba-tiba. Bermula hari Khamis yang lepas:

23/10/2008, Khamis:
Hari Khamis sebelum tu tu isteri mengadu banyak darah keluar. Saya hantar ke klinik pakar untuk buat ‘check-up’, lepas tu doctor ‘scan baby’ tersebut ada lagi dalam kandungan. So, masih lagi ok lah. Doktor suruh wife berehat jangan buat kerja apa-apa.

24/10/2008, Jumaat:
Darah still keluar lagi tapi bukan dalam jumlah yang banyak, wife masih ok dan duduk di rumah saja, sebab doktor suruh duduk rumah.

25/10/2008, Sabtu:
Suma masih ok..

26/10/2008, Ahad:
Pukul 6 pagi wife kejutkan saya, beliau bagitahu bleeding lagi dan macam ada cebisan-cebisan daging dan segumpal darah, wife dah nangis saja, saya cuma suruh dia bersabar. Saya bersiap untuk pergi klinik pakar atau hospital. Tapi saya dapat tahu pagi tu takde lagi doktor-doktor bertugas. Hari yang sama juga saya ada job wedding shoot di Port Klang. Hm.. nak taknak saya kena pergi juga shoot tu, tapi saya suruh mak mertua dan ayah mertua jaga wife dan bawak ke klinik pakar atau hospital jika perlu.

Masa shooting wedding ni hati dah hilang focus, asyik fikir wife dekat rumah…”apa lah jadi kat dia ni ek”… hati ni dah tak tenteram langsung dah, tapi macamana pun kerja kena habiskan dan kena bagi client saya puas hati, alhamdulillah semuanya okay dekat rumah, sekali-sekala SMS wife Tanya macamana keadaan dia..Gambar-gambar wedding yang saya shoot pon saya berpuas hati, tapi yang tak puas hatinya masa shoot outdoor lens mahal saya jatuh dan tak boleh nak zoom dah! “adoi, rosak pulak lens ni!”, sabar jelah, dugaan Allah…

Habis shoot balik rumah dengan ‘speed’ nya, tak kira lah roadblock kea pa, tetap bergegas ni. Sampai rumah, wife still ok, cuma tengok dia sedih je, so saya bawak dia ke klinik pakar hari tu. “doctor takde lah encik, tapi doctor part time je ada..” aduish, lupa pulak, esok Deepavali…So, wife saya di ‘check oleh doctor part time. “hm wife encik dah keguguran ni, saya scan dah tak nampak dah, tinggal darah je”… Satu tamparan hebat lagi…”encik dating hari selasa ye, esok doctor pun takde…”

27/10/2008, Isnin:
Pergi ke klinik pakar tu lagi, untuk jumpa doctor pakar, nasib baik doctor tu ada, (thanks to Doctor Simons for helping my wife). ” Your wife kena ‘cuci’ ni, untuk pastikan tiada saki baki yang tertinggal, kalau boleh buat hari ni…” Wife dah takut dah nak ‘cuci’. “encik kena balik rumah dulu, bawak semua handbag dan handphone isteri encik sekali ye, nanti pukul 5.30 petang encik datang jemput dia…” aduih kena balik pulak..

Petang tu saya datang then tengok wife tengah tunggu dekat tempat menunggu, saya terus bawak dia balik, then wife cakap semua okey, dah takde apa-apa. Sampai hari ni wife dekat rumah tengah rest…Alhamdulillah semuanya selamat, takpe, semua tu dugaan Allah s.w.t. mungkin ada rezeki lagi selepas ini…siapa tahu….

Need A Wedding Photographer?
Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
http://roodee.fotopages.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan

……………………………………………………………………………………………………………

Filed Under announcement | 9 Comments

Nurul Huda & Maie, The Reception

Posted on October 29, 2008

Entry kali ini adalah sambungan kepada Majlis Pernikahan Nurul Huda & Maie. Persandingan adalah pada hari yang sama dengan hari pernikahan mereka.

Enjoy!

Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
http://roodee.fotopages.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan


Majlis Pernikahan Nurul & Maie, 12/10/2008

Posted on October 21, 2008

Majlis Pernikahan Nurul & Maie, 12/10/2008-Puncak Alam

Seperti yang telah dijanjikan, entry kali ini adalah berpihak kepada Nurul & Maie untuk majlis pernikahan mereka pada 12/10/2008 di Puncak Alam. Ini adalah job pertama saya selepas menyambut bulan ramadan dan hari raya yang lepas. Walaupun sudah lama berehat dari shoot wedding, namun semangat dan kreativiti masih lagi melekat pada diri ini, dan seperti biasa, moment penting-penting semua tidak boleh dilepaskan.

Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
http://roodee.fotopages.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan



……………………………………………………………………………………………………………….

Majlis Pernikahan Abdullah & Nurul, Puncak alam

Posted on October 16, 2008

Majlis Pernikahan Abdullah & Nurul, Puncak alam

Will be update soon!

Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
http://roodee.fotopages.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan

……………………………………………………………………………………………………………….

My Wedding, May’08

Posted on October 15, 2008


My wedding photos on May’08. I’m married with women that I’m really love, Afiza Mastura. Only 2 pix but I think it can describe how I’m look like with my dress :)

Credit to WanTai as photographer on my wedding day!

Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
http://roodee.fotopages.com

E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan

……………………………………………………………………………………………………………….

NEW THEME DESIGN….again….

Posted on October 15, 2008

For how many times, my blog themes was change frequently. But I hope this is last. Pertukaran themes ini adalah untuk memastikan ianya mudah untuk viewers melihat dan berinteraksi dengan blog ini. Setelah beberapa kali membuat pertukaran theme, saya rasa theme design ini lebih memudahkan saya untuk melakukan kerja-kerja update dan saya harap selepas ini tiada pertukaran blog theme untuk masa terdekat. Penatlah nak tukar-tukar theme design, banyak kerja dan leceh :(

Tetapi, walau susah mana pun nak menggunakan blog ini, saya tetap happy dan tak jemu untuk update nwe entry!

Okey, saya nak pulang, selamat membaca!

……………………………………………………………………………………………………………

2009 Wedding photography is ready for booking!

Posted on October 11, 2008

Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
http://roodee.fotopages.com

E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan

What I shoot during Raya Aidilfitri?

Posted on October 11, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri to my blog’s readers!

Sudah 27 tahun saya menyambut hari raya aidilfitri, dan ini jugalah tahun pertama bermulanya hidup sebagai seorang suami :). Rasa macam tak percaya pulak. Tahun ni juga terasa berbeza beraya daripada tahun-tahun sebelumnya kerana banyak komitmen yang perlu dilakukan dan ada perkara-perkara yang perlu dikorbankan terutamanya bab nak balik kampung sapa… :(. Tapi alhamdulillah, sebab kampung saya dengan isteri tak jauh mana, setakat Klang ke Seremban & Kuala Pilah tu boleh lagi lah balik hari, tapi memang penat lah sebab nak travel banyak tempat maklumlah dah jadi 2 keluarga. Segala persiapan kami ‘prepare’ bersama, daripada window shopping hingga ke beli kuih raya di malam raya pon bersama-sama.

Seperti raya-raya sebelumnya, 4 perkara yang tidak pernah berbeza ialah; Sembahyang Sunat hari Raya, menziarahi pusara ibunda, bermaaf-maafan & MAKAN KETUPAT!!!!!!. 4 perkara ni memang saya tidak pernah miss setiap tahun.

Okey, abis cerita pasal raya, saya nak tunjuk sikit apa yang saya ’shoot’ time raya lepas. Tidak banyak yang saya shoot, just for family portraits and have fun shots with my wife & family..

Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
http://roodee.fotopages.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan

Filed Under Uncategorized | 2 Comments

Next Page »

© Copyright Jurufoto Perkahwinan • Using Detour theme created by Brian Gardner.
Powered By Wordpress - Theme Provided By Wordpress Theme - Prime Payday