Majlis Persandingan Dila & Mior, pantai Hillpark

Posted on January 20, 2009

Projek fotografi Kenduri kahwin kali ni adalah untuk Dila & Mior yang berlangsung pada 21 Disember 2008 di Pandati Hillpark, KL. Outdoor saya bawa mereka di Masjid Wilayah, KL sebab tempat outdoor yang kami rancang untuk pergi hujan dengan lebatnya…Tapi itu semua tak menjadi masalah, masih banyak lagi tempat yang cantik-cantik kan Dila?

Okey, enjoy this entry & hopefully have come comments on it. Good or bad comments also can, at least I know what/when/how/where to improve my knowledge.

Terima kasih!

cheers!

Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan


………………………………………………………………………………………………………………

Majlis Pernikahan Farhana & Boy, 1/01/2009

Posted on January 19, 2009


Majlis Pernikahan Farhana & Boy, 1/01/2009

Will be update soon!

…………………………………………………………………………………………………………..

Majlis Persandingan Dila & Mior, Pantai Hillpark

Posted on January 18, 2009

Majlis Persandingan Dila & Mior, Pantai Hillpark

Will be update soon!!!!

bye!!!!

Muzamiel & Shida The Reception (bertandang)

Posted on January 15, 2009

Muzamiel & Shida The Reception (bertandang), Tanjung Malim

Dah update pon!…

cheers!

Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan



………………………………………………………………………………………………………………

Majlis Persandingan Shida & Muzamiel, Kemaman

Posted on January 13, 2009

Majlis Persandingan Shida & Muzamiel, Kemaman

Majlis persandingan Shida & Muzamiel yang berlangsung di Kemaman, Terengganu cukup meriah, cukup-cukup meriah dan ramai orang, serius…Saudara-mara Shida yang jauh-jauh pun datang dan rombongan Miel satu bas penuh dari Tanjung Malim pun datang sekali. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan cuaca pun cerah, dan nasib baik selepas sahaja majlis selesai hujan turun, hm…masa kitorang nak pergi outdoor lah tu, tapi semua tu hujan rahmat daripada Allah s.w.t yang memberkati perkahwinan mereka pada hari tu.

Okey, selamat menonton, dan Selamat menempuhi alam perkahwinan untuk Shida & Miel!

cheers!

Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan



………………………………………………………………………………………………………………

Majlis Pernikahan Shida & Muzamiel, Kemaman

Posted on January 8, 2009


Alamak, blackout lah pulak!

Majlis Pernikahan Shida & Muzamiel, Kemaman

Majlis kali ini merupakan majlis pernikahan untuk Shida & Muzamiel di Kemaman Terengganu. Apa yang menariknya untuk majlis dorang ialah saya dapat pengalaman baru yang mungkin pernah atau mungkin tak pernah dialami oleh pengantin dan fotografer kita, seperti yang anda dapat lihat pada gambar di atas, rumah Shida blackout! bekalan elektrik terputus! masa diorang tengah ready untuk nikahkan mereka berdua. Dan masa tu yang paling gundah gulana dah tentulah saya. Tetepai alhamdulillah, selepas selesai majlis batal air sembahyang, bekalan elektrik kembali seperti biasa.

Tetapi sebagai seorang ‘jurugambar kahwin jalanan’, saya sudah melatih diri untuk menghadapi kesukaran ketika menjalankan tugas. Segala teknik dan pengalaman yang dipelajari digunakan sepenuhnya dan yang paling penting tidak gelabah dalam menyelesaikan masalah. Alhamdulillah, dalam masa beberapa saat sahaja saya dapat penyelesaian untuk mengahadapi situasi ‘blackout’ tersebut untuk memastikan gambar-gambar yang saya ’shoot’ tidak gelap dan mungkin tak jadi langsung. Dan alhamdulillah juga gambar-gambar yang saya hasilkan semuanya ‘bisa diatur’.

Sebenarnya sepanjang kerjaya saya sebagai seorang ‘jurugambar kahwin jalanan’, ini pertama kali saya mempunyai cabaran ‘PENCAHAYAAN’ yang betul-betul mencabar di majlis diorang ni. Pertamanya blackout, dan keduanya saya tak boleh bounce flash. Jadi, saya terpaksa menggunakan kreativiti yang ada untuk menghasilkan gambar yang cantik-cantik.

Okey, taknak cakapa panjang-panjang, saksikan gambar mereka berdua, dan Shida & Miel, korang memang rawk & sporting, menyebabkan aku happpy shoot gambar ni!

cheers!

Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
http://roodee.fotopages.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan

………………………………………………………………………………………………………………


Promotion, promotion!

Posted on January 6, 2009

Selamat Tinggal’08, Selamat datang’09

Posted on January 6, 2009

Tahun 2009 baharu sahaja muncul. Apa yang menariknya tahun ini untuk saya ialah azam 2008 banyak terlaksana. Yang paling best antara azam-azam yang terlaksana ialah dapat berkahwin dengan gadis pilihan, chewah…Dalam perniagaan fotografi pula, saya dah mula dapat ‘jobs’ wedding daripada hasil usaha sendiri yang mana sebelum ni saya hanya dapat ‘wedding jobs’ daripada mak andam dan butik-butik pengantin. Alhamdulillah, bermula tahun ini saya dah melangkah setapak dalam mewujudkan empayar Rudy Azwan dalam bidang fotografi perkahwinan di Malaysia. Saya dah boleh bergerak untuk mencari pelanggan  sendiri dengan bantuan blog dan fotopages saya ini. Insyaallah dalam ‘planning’ 2009, saya akan menggunakan medium pengiklanan bercetak untuk meluaskan empayar fotografi perkahwinan saya pula.

Untuk tahun 2009 ini saya sudah planning untuk membuat temujanji dengan bakal pelanggan 7 kali seminggu, jadi ke tak untuk ambil pakej saya itu terpulang kepada pelanggan, yang penting saya dapat ‘face to face’ dengan bakal pelanggan yang mana saya dapat tunjukkan hasil kerja saya yang boleh disentuh daripada hanya dapat dilihat di internet sahaja. Dan dari situ juga saya boleh berkomunikasi dan berkongsi tips-tips untuk majlis perkahwinan kepada pelanggan. Dan ini juga dapat menambah kawan baru!..

1000 tahun terima kasih!

Terima kasih kepada isteri yang memberi semangat tak henti-henti, terima kasih kepada keluarga yang memegang tulang belakang saya untuk terus berjuang, terima kasih kepada para pelanggan yang yakin dengan hasil kerja saya dan tak henti-henti ‘promote’ hasil kerja saya kepada rakan-rakan anda, terima kasih kepada pembaca blog saya yang sudi mencuri ‘office hour’ anda untuk membaca blog ini, terima kasih kepada rakan-rakan perjuangan fotografi yang selalu ada masa untuk minum teh tarik sambil berkongsi ilmu, terima kasih kepada ‘Tag Along’ yang sudi habiskan masa ‘weekend’ anda untuk pergi ‘wedding shoot’ bersama saya, terima kasih kepada Azizi Ali ,saya dah habiskan membaca 4 buah buku anda tahun lepas (setiap buku saya ulang membacanya 2 kali). Terima kasih juga kepada orang-orang yang tak jemu-jemu mengutuk dan memburukkan hasil kerja saya, disebabkan anda saya masih lagi kuat berdiri di sini.

Selagi ada sokongan daripada anda semua, selagi itu blog ini akan di update dan selagi itu anda akan lihat saya bekerja sebagai seorang ‘Jurugambar Kahwin jalanan’ di kampung-kampung dan bandar-bandar juga.  Selagi itu mata kiri saya akan melekap pada viewfinder D200 saya di samping menghurung sana sini lens 17-55, 80-200, 10-20 saya yang berat-berat tu.Saya berharap tahun 2009 ini menjadi tahun yang lebih baik untuk saya, isteri saya, keluarga dan anda semua, insyaallah.

Kepada semua pelayar-pelayar blog saya, selamat tahun baru 2009! Semoga dapat melaksanakan azam tahun 2009 dengan jayanya!.

Cheers!

Need A Wedding Photographer?

Rudy Azwan Sairan
012 249 3176
www.rudyazwan.com
http://roodee.fotopages.com
E-mail | rodee_81@yahoo.com
YM | rudieazwan

………………………………………………………………………………………………………………

Next Page »

© Copyright Jurufoto Perkahwinan • Using Detour theme created by Brian Gardner.
Powered By Wordpress - Theme Provided By Wordpress Theme - Prime Payday