PHOTO OF THE WEEK
Posted on January 13, 2012
Been a while want to have Photo of The Week section in my blog, but have no time to write this stuff due to tight schedule everyday. InsyaAllah, moving forward I should have this section just to show all what is my best pick for the week. It is more about my favourite photo from my pick, but doesn’t mean I don’t love all my photos taken by me. This section could be my instagram photo or my mobile photo and not only wedding photo ya.
Okay sampai di sini sahaja, happy nice weekend!

\
Filed Under Wedding Photography | Leave a Comment
REDZAL & ANNISSA: RECEPTION
Posted on January 8, 2012
Lagi update daripada majlis sebelum ini. Persandingan Redzal & Annissa yang berlangsung di Dewan Tabung Haji. Sebenarnya ini pertama kali saya masuk ke Tabung Haji dan pertama kali ada wedding assignment kat sini, syok gak lah shoot kat dalam dewan ni, lighting yang agak mencabar. Okay, sampai sini sahaja updat saya dan berjumpa lagi.
Click here for their slideshow.















Filed Under Wedding Photography | Leave a Comment
REDZAL & ANNISSA: NIKAH
Posted on January 8, 2012
Alhamdulillah selesai sudah majlis pernikahan Redzal & Annissa yang bernikah kat Masjid Ampang. Redzal kawan saya masa sama-sama belajar kat UNIMAS dulu. Dah lama lost contact tapi tau-tau je dia ada kat KL dan nak kahwin masa Redzal ‘contact’ saya hari tu. Okey, congrats to both of you, be a great couple and be tolerance to each other and pray for both of you the best, insyaAllah.
Click the slideshow here for the show on the Solemnization day.










Filed Under Wedding Photography | Leave a Comment
SHERRY & UZAIR: RECEPTION
Posted on January 8, 2012
Assalamualaikum dan selamat hari Ahad. Alhamdulillah, saya telah berjaya buat sedikit perubahan pada blog saya hari ni. Nampak sama je? memang pun, cuma yang berubah saiz gambar dalam blog ini besar sedikit daripada seblumnya dalam lingkungan 826px berbanding yang lama cuma 715px. Header juga sudah semakin besar berbanding yang dahulu. Tujuan saya membersarkan sedikit adalah untuk kepuasan pembaca blog ini, sebab mengikut teori stail website 2012, subjek/gambar yang besar akan memberi impak yang lebih berkesan kepada pembaca. Okey, gambar-gambar di bawah ini adalah majlis persandingan Sherry & Uzair yang tak lama dulu pernah saya upload tetapi telah hilang.
Jika ada komen untuk saya ‘improve’ lagi, boleh hantar ke emel saya di rudy@sweetpictures.com.my atau bagi feedback kat facebook kami sini.










Filed Under Wedding Photography | Leave a Comment
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012
Posted on January 4, 2012
Assalamualaikum dan selamat manyambut tahun baru 2012. Mungkin agak terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru sebab sudah masuk hari ke-3 tahun 2012 ni, tapi tak apa yang penting ada ucapan walaupun terlewat.
Sudah hampir 8 tahun saya terjebak (bahasa kasarnya) dalam industri fotografi perkahwinan, alhamdulillah saya masih lagi berada di sini walaupun banyak cabaran dan dugaan tahun demi tahun yang saya hadapai. Rasanya macam baru je berjinak-jinak dengan fotografi ni, macam baru semalam main kamera tapi rupanya dah agak lama juga berkecimpung dalam dunia fotografi ni. Pada awal-awal pembabitan dalam fotografi ni, saya banyak tertumpu pada shots landscaping dan events yang mana pelan asal memang nak ke arah tu, tapi tak tahu macamana boleh beralih arah ke fotografi perkahwinan sampai sekarang ni.
Masa zaman saya mula buat fotografi wedding dalam tahun 2004, tak ramai anak-anak muda yang dalam lingkungan 20an buat bisnes fotografi perkahwinan, kebanyakan yang kita jumpa semuanya otai-otai. Antara sifu-sifu saya masa tu macam Bro Sam, Abang Azuddin dan ramai lagi lah. Diorang ni banyak membantu dalam proses pembelajaran fotografi saya masa tu dan sampai sekarang. Terima kasih semua!
New resolution?
Hahahah, tak ada yang baru, nak langsaikan azam-azam tahun sudah. Ada beberapa perancangan 2011 yang masih lagi dalam perancangan, satu azam yang setiap tahun ada dalam ‘whishlist’ ialah nak ‘expand the photography business’ yang mana masih tak puas hati, masih lagi rasa banyak kekurangannya. Tapi macamanapun perjuangan tetap diteruskan, pelan-pelan kayuh beb.
Nak share galeri gambar saya masa mula-mula kenal apa itu online blog atau benda-benda online, fotopages saya, klik sini.
Okey tu sahaja pembukaan untuk tahun baru 2012 ni, kalau ada rezeki dan jodoh boleh saya berceloteh panjang lagi. Selamat meneruskan perjuangan pada tahun 2012, semoga terus kaya dan berjaya (ayat sorang pakar motivasi)

opsss, lupa nak bagitahu, gambar kat atas adalah preview untuk majlis persandingan kawan lama saya masa belajar di UNIMAS dulu, Redzal. Nanti saya upload full update.
Filed Under announcement, Wedding Photography | Leave a Comment
UZAIR & SHERRY: RECEPTION
Posted on January 2, 2012
Update untuk majlis persandingan Uzair & Sherry yang berlangsung di Bukit Beruntung.
Jangan lupa slideshow mereka sini.
















Filed Under Wedding Photography | Leave a Comment
ANNOUNCEMENT
Posted on December 31, 2011

Minta maaf terlebih dahulu untuk semua jika lihat blog ni macam tak ‘update’. Sebenarnya ‘latest contents’ dalam blog ini telah hilang dan musnah disebabkan ketidakcekapan ‘server consultant’ kami http://rocksoft.com.my/. Cukup kecewa dengan apa yang terjadi, nasib baik tak semua ‘blog contents’ ni hilang. Saya cuba yang terbaik untuk cover balik apa yang hilang sebelum ini, dan cuba cari jalan penyelesaian.
Mungkin ada hikmah disebalik musibah yang melanda, dan cuba ‘sediakan payung sebelum hujan’ sebelum apa-apa yang buruk berlaku.
p/s: ada sesiapa yang tahu atau nak rekomen server consultant yang korang guna? boleh suggest?
Filed Under Wedding Photography | Leave a Comment
IQWAN & SITI: WEDDING RECEPTION
Posted on October 10, 2011
Selamat kembali. Majlis perkahwinan kali ini adalah majlis Iqwan & Siti yang berlangsung di kampung saya sendiri, Bukit Kapar, Klang. Siti ni anak kepada cikgu displin sekolah saya dahulu, Cikgu Hussin yang cukup terkenal dengan ‘kegarangannya’. Boleh dikatakan 100% pelajar-pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Meru dan sekolah-sekolah berdekatan kawasan ini kenal dengan beliau, kalau yang tak kenal tu maknanya tipu lah. Itu sahaja untuk saya, harapan saya gambar-gambar ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua
.
Cheeers!















Filed Under Wedding Photography | Leave a Comment